Saturday, January 20, 2018

Second Comeback Post

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Sebagai permulaan nak gelak panjang dulu. Hahahahahahaha. Bila tengok last post date adalah 2014 dan sekarang dah 2018. Ceeehhh dah 4 tahun pasang niat nak selalu post tapi GAGAL JUGA. Dari masa single and available sampailah dah beranak satu. Dari berat 49kg sampailah berat 60kg (baby weight je ok. Nanti I kuruslah semula **sila aminkan doa ini**). Lagi la nak gelak panjang bila baca post zaman harga roti gardenia 50sen je dulu. 

Comeback post kali ni sekali lagi sebagai pemangkin untuk rajin update post seperti niat dulu2 tu. Huhuhu. Untuk share pengalaman, review atau komen tentang apa saja yang dilalui dalam hidup ni. Kalau bermanfaat dah boleh dapat pahala free kan? Hehehe Selain tu nak tukar kata ganti diri yang post sebelum2 ni guna “AKU” kepada “CIKTIE”. Sopan sikit bunyinya tu kan. Hahaha Kenapa ciktie? Sebab nama aku Tatie dan blog pun Tatie Tieha tu haaaaa. 

Akhir kata semoga hasrat murni ciktie tercapai kali ni. Feel free to share any of my post. Ok next post please!

Monday, April 14, 2014

Comeback Post

After a very long time aku teringat yang aku pernah ada blog dan ada keinginan nak selalu post entry kat sini... tapi apakan daya idea kureng so lama dah blog ni dipinggirkan... tambahan pulak keadaan yang semakin busy lepas dah start bekerja... (buat-buat busy sebenarnya... hehe)

Apa sebab nak tulis blog?

Hurmmm tiba-tiba terfikir semula niat utama nak tulis blog... selalu aku baca blog orang Malaysia ni banyak cerita pasal diri mereka sendiri... aku rasa lebih baik aku simpan sendiri je cerita pasal diri sendiri... tapi bila fikir balik aku banyak baca blog dengan tujuan nak tau pengalaman, review ataupun pendapat orang tentang sesuatu... maka aku pun rasa yang ada bagusnya tulis blog tentang diri sendiri ni (selagi bukan perkara terlalu personal lah) supaya boleh share dengan orang lain 3 perkara tadi --- pengalaman, review dan pendapat 

Comeback post ni pula lebih kepada kayu ukur betapa lama aku dah create blog ni dan berapa lama aku tak post apa-apa kat sini... hahaha... harapnya lepas ni datang semula kerajinan nak post entry selalu... terima kasih kepada yang still sudi buka dan baca blog picisan aku ni...
Sehingga bertemu lagiii !!!


Monday, September 23, 2013

coretan si buta

kala angin malam menyapa tubuhku...
minda ku mula melayang...
berputar2 kembali ke masa lalu...
membayangkan satu persatu keindahan memori lalu...
saat yg x mungkin dapat aku lupa...
saat kite bersama...


selama mana nadi ini berdenyut...
selama mana ingatan ku tidak ditarik tuhan...
selama itu juga lah aku akan terus merana...
merana kerana keegoan sendiri...
kesetianmu aku bandingkan dengn kesempurnaan yg ku cari...
yg akhirnya memakan diri...


aku mula berpijak di bumi nyata...
saat kau menyatakan "aku kini sudah berpunya"...
aku pula...seakan tersentak seketika...
seperti diheret ke lembah kesedihan...
lembah yg penuh kesakitan...menyesakkan...
juga rasa ketakutan akan kehilangan teman...


aku kalah jua...
kalah dgn pilihan sendiri...
peluang yg kau telah bentangkan utk ku suatu ketika dulu...
kini tiada lagi buatku...
aku dibuai rase penyesalan...
kerana terlalu mengejar kebahgiaan yg aku sendiri pun belum pasti...


saat kau hulur salam perkenalan...
aku membalas dgn senyuman...
kata ku, nanti dulu...
kerana aku bingung...
serabut dek perasaan sendiri...
dan akhirnya...aku yg menghilangkan diri...


tapi kini...
masihkah ade peluang utk ku kembali...
tanpa perlu menyakiti sesiapa...
mungkin jawapannya...tiada...
seperti mana kau rase tiadanya penghargaan di atas kesetiaan mu...
atau sebenarnya aku memang sengaja menyakitimu...


penat sudah aku berfikir sendiri...
andai kata kau dicipta untukku...
utk menghabisi kisah hidupku...
maka akan ku tunggu detik itu...
tapi jika memang benar takdir kita setakat ni...
ak redha dan akan terus membawa diri...


inilah coretan si buta...
kerana kelalaian sendiri membutakan diri...
tak nampak yg ada didepan...
yg jauh sayup pandangan aku kejarkan...
pdanlah dgn nasib diri ini...
kerana aku gagal menilai dan manghargai...



***tak sangka ada juga bakat menulis ayat2 puitis... hahaha
#repost #jiwang #nakhashtagjugak 


Monday, May 6, 2013

Menunggumu. . .

Tatkala aku membuat pilihan...selalu saja terfikir...'macam mana hasilnya nanti ye?'... hmmmm... yang lagi menakutkan bila terbayang sesuatu yang tak elok... 

Pada saat ni, aku diberi pilihan dalam soal hati... perkara yang sukar sangat dimengerti... perasaan pula selalunye memang senang berubah-ubah... kerisauan mula terasa bila melihat yang 'terpilih' semakin sukar dicapai, didakap, dimiliki dan dijaga dari hilang... seperti yang disebut tadi, seolah-olah jalan sukar yang terbentang dihadapan... kenapa bukan saja keli di darat sudah ada masih mencari sembilang di laut... kenapa ayam yang berkokok pagi sewaktu fajar sidiq terbit tak dipilih sedangkan helang di langit biru dijadikan pujaan... 
ishk..ishk..ishk...
Tak paham sungguh!!!

Untuk tenangkan hati yang sedang bergolak dek rase yang mencengkam jiwa, aku memujuk diri untuk bersabar dan memohon petunjuk ilahi dalam mendapatkan kebenaran... segalanya sudah tersurat jodoh, mati, rezeki dan juga pertemuan perpisahan...
aku sekadar mampu membina kekuatan diri dalam hadapi hari2 mendatang dengan mendengar bisikan alunan lagu ini... hope everybody can feel it....



Di dalam sebuah cinta terdapat bahasa
Yang mengalun indah mengisi jiwa
Merindukan kisah kita berdua
Yang tak pernah bisa akan terlupa

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu
Aku menunggumu

Di dalam masa indah saat bersamamu
Yang tak pernah bisa akan terlupa
Pandangan matanya menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta aku bertanya

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu
Aku menunggumu

Dalam hati kumenunggu
Dalam hati kumenunggu.. aku
Dalam benak kumenunggu..
Dalam hati kumenunggu.. aku
Masih menunggu

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah
Harus berapa lama
Harus berapa lama
Aku menunggumu
Aku menunggumu
Aku menunggu

Aku menunggumu

Dalam hati kumenunggu
Dalam benak kumenunggu
Dalam hati kumenunggu
Dalam benak kumenunggu
Dalam hati kumenunggu



Semoga selamat pergi dari sisiku... sayangku...


Friday, March 6, 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka. 


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? 

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! 

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. 

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! 

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya 

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama 
Sayang!" 

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. 

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini : 

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. 

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.



Sunday, March 1, 2009

Sebuah Permulaan

Tak sangka pula aku mula menulis blog... actually aku ni tak berapa rajin juga nak tulis-tulis blog ni... lagi-lagi selalunya tak ada sangat orang rajin buka... tapi manalah tau suatu masa nanti blog ni boleh dijadikan tatapan anak cucu cicit piut miut aku nanti ke... hehehe


Hati, Jiwa dan Pemikiran
kenapa ek nama ni menjadi pilihan???
hmmmm masa aku first time baca blog seorang member ni dia letak lagu nasyid...
lagu kedamaian by brothers...
tersentuh pulak jiwa aku time tu...
maka terfikir kenapa lagu tu tiba-tiba jadi best pulak...
hati aku pun terasa nak buat jugak blog...

Hope after this aku akan lebih rajin 'berkata-kata' di sini... jumpa lagi nanti!!!
: ) : ) : )