Dalam
satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi
sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka.
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang
cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun
begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana
abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang
boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak
abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai
suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.
Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan
suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan
dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada
isterinya yang disayangi. Surat itu
diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut
berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai
mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai
mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang
bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu....
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai
mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku
tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak. Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta
tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak
boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.
No comments:
Post a Comment